Sunday, June 14, 2009

Ukay - Tinggal Irama



Album ini merupakan Album pertama kumpulan Ukay. Diterbitkan pada tahun 1989 oleh Saari Amri.

Ukay - Sukma
Ukay - Tebing Barat
Ukay - Cinta Kita Hanya Tinggal Irama
Ukay - Dalam Putaran Masa
Ukay - Rindu
Ukay - Ada Brader Di Lorong Gelap
Ukay - Petak Petak
Ukay - Pukulan Berasap
Ukay - Laluan
Ukay - Tak Mati Selepas Mati

Download link : Ukay - Tinggal Irama

Friday, June 12, 2009

Ways - Seiras



Lagu-lagu yang dimuatkan:

Ways - Doa
Ways - Seiras
Ways - Perihal Cinta
Ways - Degup Tak Jantung Mu
Ways - Bertemu Tak Bersatu
Ways - Teraniayakah Kerana Cinta Mu
Ways - Kepada Mu Sayang
Ways - Wa Suka Lu
Ways - Terima Kasih
Ways - Syahdu

Ways - Hala Ke Impian



Lagu- lagu yang dimuat dalam album ini

Ways - Pulanglah
Ways - Jauhari
Ways - Tak Seresah Ini
Ways - Rentak Hidup
Ways - Mengimbas Kenangan
Ways - Warna
Ways - Tanda Tanda Awal
Ways - Jiwa Stress
Ways - Bicara Tentang Lepak
Ways - Kau Impian Kau Teduhan

Ways - Ways 1993



Friday, May 29, 2009

Atomic Power / D'atomic Power


Sejarah penubuhan kumpulan D'Atomic Power yang berasal dari Sandakan, Sabah bermula pada tahun 1978, dimana ianya telah diasaskan oleh Encik Rashid Kamsiran yang juga selaku Ketua kumpulan ini.

Nama D'Atomic Power telah diilhamkan oleh Encik Sebastian Lim yang juga ipar kepada Encik Rashid Kamsiran. Keanggotaan asal D'Atomic Power ketika itu ialah terdiri daripada Rashid Kamsiran (Gitar Utama/Keyboard/Trombone/Vocal/Ketua Kumpulan), Sulaiman Alman @ Ringgo (Drummer), Ismail Arun (Bass/Vocal), Saat Talip (Keyboard/Altosax), Karim Awang (Altosax), Rudy Ahmad (Vocal Utama), Geofrey Tan (Vocal) dan Alleh Aggullana (Vocal).

Pada tahun ini juga (1978) Kumpulan D'Atomic Power telah menyertai Pertandingan Bakat TV anjuran RTM, dan kumpulan ini telah berjaya mewakili Negeri Sabah ke Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Pulau Pinang. Namun tuah tidak menyebelahi kumpulan ini, D'Atomic Power hanya berjaya menduduki tempat ketiga setelah bersaing hebat dengan kumpulan-kumpulan lain diketika itu.

Akan tetapi keputusan tersebut tidak melemahkan semangat juang kumpulan ini. Justeru demikian, pada tahun berikutnya (1979) D'Atomic Power sekali lagi menyertai Pertandingan Bakat TV'79 dan seterusnya berjaya mewakili Negeri Sabah ke peringkat kebangsaan yang diadakan di Seremban, Negeri Sembilan. Pada pertandingan kali ini, D'Atomic Power telah berjaya meraih tempat pertama. Saat ini lah juga yang melonjakkan nama D'Atomic Power dipersada muzik tanah air.

Selepas menjuarai Pertandingan Bakat TV'79, D'Atomic Power telah menghasilkan album sulung berjudul Cinta Benar Cinta melalui syarikat IMI. Antara lagu-lagu hit dalam album tersebut ialah diantaranya Cinta Benar Cinta, Sinar Matamu, Ibu dll.

Tetapi kata pepatah Langit Tidak Selalu Cerah, tahun 1981 ketika kumpulan ini berada dipuncak ianya telah mengalami sedikit perpecahan dimana empat orang anggotanya iaitu terdiri dari Saat Talip, Rudy Ahmad, Sulaiman Alman @ Ringgo dan Alleh Aggullana telah menarik diri dari kumpulan ini dan seterusnya menubuhkan Rass Express. Namun ianya tidak menjejaskan semangat Encik Rashid Kamsiran bersama anggota lain yang tinggal iaitu Ismail Arun, Karim Awang dan Geofrey Tan untuk meneruskan perjuangan D'Atomic Power. Pada ketika itu juga D'Atomic Power telah menambah ahli baru yang terdiri dari Tony Liew (Key Board) dan Affendi Hamdan (Vocal) bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan.

Saat paling manis dalam diary D'Atomic Power apabila dijemput untuk filem Bertunang oleh Deddy M. Borhan dari Sabah Filem. Dua buah lagu hitnya, Bertunang dan Asal Kau Bahagia telah dipilih untuk soundtrack dan muzik latar filem berkenaan.

Dalam pada itu juga D'Atomic Power berjaya menghasilkan album keduanya juga bersama syarikat IMI dimana lagu-lagu Bertunang, Asal Kau Bahagia dan Hidup dan Cinta Mesra adalah diantara lagu hit dalam album kali ini.

Setelah melalui ranjau era hiburan 80-an, kumpulan ini terus masih bertahan dengan mendapat undangan pertunjukan pentas di seluruh negeri. Bagaimanapun dalam tahun 1993 nama D'Atomic Power telah ditukar kepada Atomic Power dan sekali gus mengasilkan album ketiganya berjudul Manusia bersama Syarikat Sinar Muzik. Lagu-lagu seperti Cinta Suci, Manusia dan Kiambang Masih Bertaut adalah lagu-lagu hit album tersebut. Anggota kali ini juga benar-benar berubah tidak lagi seperti tahun 1981, iaitu anggota yang masih bertahan Rashid Kamsiran (Gitar/Vocal), Zakaria Hj. Buang @Zack (Drummer/Vocal), Achok (Key Board./Vocal), Dino (Key Board), Imran (Bass) dan Idhamsah Hj. Mohd. Jaini @ Bong (Precussions).

Sekitar tahun 1993 Atomic Power telah menyertai Muzik-Muzik peringkat awal terbitan TV3. Era baru Atomic Power menyaksikan pada tahun 1997 anggota barunya menyertai kumpulan ini iaitu Rudy Rashid - anak kepada Encik Rashid Kamsiran (Gitar), Moksin @ Raymond (Bass), Din (Gitar), Bardin Hj. Buang @ Duxx - adik kepada Encik Zakaria Hj. Buang (Drummer & Precussions) dan Suhaidi selaku penyanyi utama.

Kesemua muka baru ini telah berjaya memantapkan lagi kombinasi Atomic Power seperti dulu apabila berjaya meraih tempat pertama dalam Festival Lagu '97 Peringkat Negeri Sabah Kategori Juara Muzik anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sabah dengan menngunakan nama Pro VIII, dan Encik Zakaria Hj. Buang @ Zack pula menjadi Johan Kategori Nyanyian Solo Lagu Asli & Keroncong.

Atomic Power sering dijemput untuk membuat persembahan di majlis-majlis perkahwinan serta majlis rasmi kerajaan seperti di Sandakan, Lahad Datu dan Kota Kinabalu. Keistimewaan kumpulan ini ialah boleh memainkan semua jenis muzik iaitu seperti asli, keroncong, pop, jazz, R&B, dangdut, hindi, Cina dll.

Kumpulan Atomic Power juga pernah mengiringi artis-artis popular diantaranya seperti Ziana Zain sebanyak empat kali ketika mengadakan konsert di Sandakan, Leina Hangat, Siti Norhaliza, Nadia, Dahlan Zainuddin, Salwa Abd. Rahman, Safura dan banyak lagi serta yang terbaru ialah Noreen Noor.

Dengan dianggotai muka-muka baru seperti Zakaria Hj. Buang @Zack, Achok, Dino, Suhaidi, Rudy, Din, Agus, Bardin @ Duxx serta Idhamsah Hj. Mohd. Jaini @ Bong diharap dapat memantapkan lagi persembahan yang cukup padu daripada Atomic Power atau sekurang-kurangnya membangkitkan semula Nostalgia D'Atomic Power yang kini masih lagi diketuai oleh Encik Rashid Kamsiran iaitu pengasas kumpulan ini.

Selain daripada itu Kumpulan Atomic Power juga mempunyai studio rakaman (24 track) yang diharapkan dapat memantapkan lagi kumpulan ini seterusnya menyumbang kepada dunia muzik tanah air di negara ini khusunya di negeri Sabah.

Apa yang pasti, sumbangan kumpulan ini dalam dunia muzik amat besar ertinya apabila berjaya mengangkat martabat negeri Sabah dipersada muzik tanah air.

Walaubagaimanapun, Kumpulan Atomic Power sesungguhnya amat terhutang budi kepada Datuk Seri Panglima Hj. Hassan Alban Hj. Sandukong selaku penaung dan penasihat kumpulan ini yang telah banyak memberikan dorongan, sokongan moral dan material sehinggalah kumpulan ini dapat bertahan sehingga ke hari ini.

Artikel ini di rujuk dari : http://atomicpower.tripod.com/Biodata.htm


Sunday, May 17, 2009

Album U.K's Gitarmental


Album U.K's yang mengandungi lagu-lagu hits dalam bentuk minus one dan mengandungi lagu single "Kita Akan Dijemput" nyanyian U.K's dan "Gerimis Mengundang" nyanyian Slam.

Slam - Gerimis Mengundang (Single Terbaru Slam)
UK's - Kau Satu-satunya (Minus One)
UK's - Balada Ani (Minus One)
UK's - Nafas Orang Kota (Minus One)
UK's - Rhythm Sijantung Hati (Minus One)
UK's - Siapa Yang Rampas Cintamu (Minus One)
UK's - Nyanyian Jiwa (Minus One)
UK's - Di Sana Menanti Di Sini Menunggu (Minus One)
UK's - Pahit Akan Manis Akhirnya (Minus One)
UK's - Kita Akan Dijemput (Single Terbaru UK's)

Slam - Kembali Merindu



Album Slam - Kembali Merindu

Slam - Malam Ku Kesiangan
Slam - Kembali Merindu
Slam - Suratan
Slam - Sinar Menunggu
Slam - Masih Ada Cahaya
Slam - Kita Terpaksa Bermusuhan
Slam - Bagai Bidadari
Slam - Kini Hanya Sepi
Slam - Satu Jalan Satu Pegangan
Slam - Jika Kau Rasa Getarnya

Kumpulan Slash




Album Kedua dari kumpulan Slash.

lagu-lagu yang dimuatkan.

Slash - Aku Dan Dia
Slash - Terlerainya Ikatan Cinta
Slash - Mangsa
Slash - Digerimis Senja
Slash - Kasih Kita
Slash - Senyum Dalam Duka
Slash - Hipokrasi
Slash - Benar Dan Segalanya
Slash - Awangan Akal
Slash - Rindu Pada Yang Tak Sudi

Kumpulan Slam






Album pertama kumpulan Slam bertajuk "SLAM".
Lagu-lagu yang terkandung adalah :

Slam - Buat Seorang Kekasih

Slam - Warna Kehidupan
Slam - Nina
Slam - Leka Yang Lama
Slam - Semoga Kan Mengerti
Slam - Endless (Instrumental)
Slam - Rahsia Alam
Slam - Malam dan Semalam
Slam - Emas, Permata, Kaca
Slam - Janji Di Pateri
Slam - Nina (Flute Instrumental)

Video Klip Youtube

Slam - Buat Seorang Kekasih

Slam - Buat Seorang Kekasih (Unplugged)

Saturday, May 16, 2009

Butterfingers - Butter Worth Pushful


ANTARA LAGU YANG TERKANDUNG:

Fire Is A Curse?


Girl Friday

e

Stolen

Vio-pipe (instrumental) *

Apple Tree

Skew

Love

Ruin By The Selling Out

Delirium *

Garden City Of Lights *

Still River

Vio-pipe (instrumental - versi lain)



Artikel ini dirujuk daripada : www.muzikrock.com

Name Of The Game (FIFA World Youth Cup, Malaysia 97 Theme Song)



Album ini diterbitkan sempena Piala Dunia Remaja FIFA 1997, yang berlangsung di Malaysia. Di antara band yang terlibat adalah OAG, Poetic Ammo, IntoXicated, Innuendo, Suedo, Nice Stupid Playground, Manic Street Preachers, Nita, The Boo Radleys, MNS, Lightning Seeds & Brodwyn.

MP3 Download

Nita - True Love

Manic Street Preachers - A Design For Life

The Boo Radleys - Wake Up, Boo!

MNS - I've Got A Little Something For You

Lightning Seeds - Lucky You

Brodwyn - Ode From A Psychopath

OAG - Name Of The Game

Poetic Ammo - Rip The Net

IntoXlcated - Kitty Kat

Innuendo - The Way We Like It

Suedo - Trash

Nice Stupid Playground - And I Don't Admire


Video Klip Youtube

OAG - Name Of The Game

4U2C - Kembalilah Fiona






Album terakhir 4U2C sebelum mereka berpecah dan membawa haluan masing-masing. Ketika ini 4U2C dianggotai oleh A.C , Lan & Rin sebagai anggota asal bersama 4 orang anggota baru iaitu Aren, One II, Adiex & Charlie.
Di antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini adalah:

4U2C - Kembalilah Fiona
4U2C - Kenangan Cinta (Radio Mix)
4U2C - Shake It
4U2C - Di Hatiku
4U2C - Bosan
4U2C - Teman Setia
4U2C - Memori
4U2C - Gadis Penggoda
4U2C - Ibu
4U2C - Dynamite
4U2C - Dusta
4U2C - Kenangan Cinta (Unplugged)

Video Klip Youtube

4U2C - Kenangan Cinta

Kumpulan Ways - Best Of Ways


Tajuk Lagu Dari MTV Kumpulan Ways "Best Of Way's"

MP3 Download

Ways - Pulanglah

Ways - Warkah Buat Kekasih


Ways - Keranamu Suhaila

Ways - Seiras

Ways - Serasa

Ways - Lenggang Musalmah


Video Klip Youtube

Ways - Warkah Buat Kekasih


Ways - Syahdu

Ways - Pulanglah

Download Lagu Kumpulan Twins

Di sini saya berikan link bagi mereka yang berminat untuk mendengar lagu-lagu dari album Twins.

Twins - Kita Adalah Kita

Twins - Tuluskah Cintanya

Twins - Siapakah Yang Harus Dipersalah

Twins - Perjuangan Seni

Twins - Pulang

Twins - Dijarak Perindu

Twins - Satu Selamanya

Twins - Sahabat



Video Klip dari Youtube

Twins - Kita Adalah Kita

Album Twins "Kita Adalah Kita"

Ini adalah Kulit Album Kumpulan Twins yang bertajuk "Kita Adalah Kita"
Antara lagu Hits :

Kita Adalah Kita
Tuluskah Cintanya
Dijarak Perindu
Satu Selamanya

Kumpulan Twins

Kumpulan ini adalah dianggotai oleh 2 orang adik-beradik iaitu Indra & Rashid. Rashid merupakan bekas vokalis Kumpulan Teja yang pernah popular dengan lagu "Kau Yang Tak Mengerti" dan "Kenangan Di Taman Cinta" pada era tahun 90-an.

Kini Kumpulan ini pun telah menyepi dan hilang entah ke mana dan sempat merakamkan sebuah album sahaja yang bertajuk "Kita Adalah Kita"